No Comments

Langkah-langkah Bagi Berhenti Meminum Minuman Keras.

Penagih bagi peminum arak (Alkohol) memerlukan rawatan seperti berikut:
Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol di kalangan lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih alkohol. Oleh itu Ketagihan alcohol ini boleh diwarisi.  Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini adalah penting dan cara yang baik untuk mengatasi masalah minum arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Ada dua jenis ubat yang boleh diberi untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai antabuse. Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya pesakit meminum alkohol semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat Naltrexone, ia menyekat keinginan untuk meminum arak dan merasa nikmat kemabukannya.
Justeru itu seseorang individu perlu menjaga kesihatan dan memelihara diri agar aspek kesihatan darisegi fizikal dan psikologikal sihat daripada sebarang kesan yang serius akibat daripada penyalahgunaan alkohol. Oleh yang demikian terdapat pepatah yang mengatakan “Menghindari lebih baik daripada mengubati”.
Disini terdapat beberapa langkah bagi membantu individu untuk berhenti meminum arak di antara langkah-langkah tersebut adalah:
(1) Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda dari menjadi penagih alkohol adalah dengan mengakui diri anda sebagai seorang peminum.
(2) Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan alkohol (kelab malam, parti dan majlis tari menari) sehinggalah anda boleh mengawal diri anda dari minum. Apabila anda berjaya mengatasi masalah ini,
mintalah jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda menghadiri majlis-majlis tertentu.
(3) Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikan majlis mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti. Anda boleh mencari rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda ini.
(4) Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulan motivasi/bantu diri untuk menguatkan pendirian anda.
(5) Pengawasan ibu bapa adalah penting agar anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala yang negatif ini. Dengan menyiasat dengan siapa anak-anak mereka berkawan dan sebagainya. 
(6)  Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.
(7)  Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang mengambil berat tentang diri anda.
Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan anda dan mengelakkan diri dari mengambil alkohol.
(8)  Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti fizikal dan menonton wayang)
(9)  Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat.
(10) Kuatkan pegangan agama anda. Semua agama melarang pengambilan dan penyalahgunaan alkohol.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments

Post a Comment