Undang-Undang Dadah Malaysia

No Comments
Undang-undang Dadah Malaysia
Akta Dadah Berbahaya 1952
Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahundan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.


Akta Racun 1952
Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952
Akta Rawatan/Pemulihan 1983 – Pindaan 1988
Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :
  • Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
  • Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun
Seksyen 3
Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :
  1. Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.
  2. Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian.
Seksyen 4
Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :
1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam
  • Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada masa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.
  • Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.
Seksyen 5
Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :
  1. Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
  2. Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan.
Seksyen 6
Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah 
1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan :
  • Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.
  • Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.
Seksyen 7
  • Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6). Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan dibawa kehadapan Majistret.
  • Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.
Seksyen 8
Jagaan yang sah disisi undang-undang :
1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.
  • Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.
  • Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan
  • Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.
2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.
Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988
Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :
  • Mengesan
  • Membeku
  • Merampas aset pengedar
Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :
  • Seksyen 39(B) ADB 1952
  • Seksyen 6(B) ADB 1952
  • Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985
Akta Langkah-langkah Pencegahan khas
Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :
  • Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
  • Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.
Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :
  • Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
  • Tidak dibicarakan di mahkamah.
Proses Siasatan :
  • Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.
  • Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
  • Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri.
  • Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments

Post a Comment