Kandungan Rokok

No Comments

KANDUNGAN ROKOK SANGAT MERBAHAYA

KANDUNGAN ROKOK




Kandungan rokok yang menimbulkan kematian . Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Ketika anda merokok maka anda menghasilkan banyak bahan yang berbahaya tidak bagi anda melainkan bagi orang lain, kerana jenis perokok pasif dengan aktif sangat berbeza, sebabnya adalah ketika anda merokok maka anda akan menghasilakan suatu bahan zat dari asap rokok tadi itu kepada perokok pasif, maka secara tidak sada anda telah meracuni teman anda, saudara dan akan menimbulkan suatu kematian apabila ini berjalan secara terus menerus dengan selang waktu yang cukup lama. Asap rokok yang di hasilkan mempunyai banyak kandungan yang sngat berbahaya bagi kesihatan tubuh anda, untuk itu berikut saya akan memberikan suatu info tentang kandungan yang di miliki oleh rokok kesayangan anda ini.






Berikut kandungan zat yang ada dalam rokok:

  • · Nikotin , kandungan yang menyebabkan perokok merasa rileks. salah satu zat yang ada dalam rokok yang mana boleh menyebabkan kerosakan pada rangkaian didalam paru-paru , nikotin juga sangat berbahaya jika diambil dalam jangka masa yang lama, kerana nikotin didalam tubuh manusia boleh mengendap dan lama -lama akan merosakkan paru-paru, untuk tahap kefatalannya boleh menyebabkan kanser . Dan dalam jenis ini penyakit banyak di akibatkan oleh adanya nikotin dalam tubuh adalah penyakit kanser , pernafasan dan masih banyak yang lain. kandungan nikotin yang kian numpuk dalam tubuh anda akan menyebabkan kematian secara lebih cepat dalam sel jaringan tubuh anda.        
  • · Tar , yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat  karsinogenik . sebuah zat yang dihasilkan dalam pembakaran tembakau (rokok biasa) dan bahan tanaman lain (rokok herbal) ketika seseorang merokok. Ia merupakan campuran dari beberapa bahan-bahan yang bersama-sama membentuk suatu massa yang boleh melekat di paru-paru. Rokok memiliki kadar tar yang berbeza-beza. Kandungan rokok dengan kadar tar yang tinggi mempunyai lebih daripada 22 mg tar di masing-masing merokok, sedangkan kandungan rokok dengan kadar yang rendah mempunyai kurang daripada 7 mg saja.Tar dalam rokok akan meninggalkan noda pada gigi perokok dan mengubahnya menjadi kuning dan kecoklatan. Selain merubah warna gigi, zat racun ini juga boleh menyebabkan pelbagai masalah gigi dan mulut yang lain, seperti periodontitis, penyakit gusi, serta mengakibatkan kanser mulut.        
  • · Sianida , sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano. Kesan dari sianida ini sangat cepat dan boleh menyebabkan kematian dalam jangka masa beberapa menit.Gejala yang ditimbulkan oleh bahan kimia sianida ini bermacam-macam; mulai dari rasa nyeri pada kepala, mual muntah, sesak nafas , dada berdebar, selalu berpeluh sampai korban tidak sedar dan apabila tidak segera ditangani dengan baik akan mengakibatkan kematian .        
  • · Benzene , juga dikenali sebagai bensol, senyawa kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. Benzene adalah toksin yang menyerang hati, buah pinggang, paru-paru, jantung dan otak dan boleh menyebabkan kerosakan kromosonal. Saat ini sedang diadakan penelitian tentang pengaruh benzene terhadap tahap kesuburan lelaki dan wanita. Kesan singkat menghirup high level benzene boleh menyebabkan kematian, sedangkan menghirup low level benzene boleh menyebabkan mengantuk, pening, mempercepatkan denyut jantung, sakit kepala, tremors, kebingungan, dan ketidaksadaran. long term kesannya boleh menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang dan boleh menyebabkan penurunan sel darah merah, yang membawa kepada anemia. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan dan menurunkan system kekebalan, meningkatkan peluang jangkitan, menyebabkan leukemia dan lain-lain yang berkaitan dengan kanser darah dan pra-kanser dari darah.          
  • · Cadmium , sebuah logam yang sangat beracun dan radioaktif. salah satu jenis logam berat yang berbahaya kerana elemen ini berisiko tinggi terhadap pembuluh darah. Apabila Cd masuk ke dalam tubuh maka sebahagian besar akan terkumpul di dalam buah pinggang, hati dan sebahagian yang dikeluarkan lewat saluran pencernaan. Cadmium boleh menjejaskan otot polos pembuluh darah secara langsung maupun tidak langsung melalui buah pinggang, sebagai akibatnya terjadi kenaikan tekanan darah.        
  • · Metanol  (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol.Bahaya methanol bagi kesihatan yakni sangat mudah diserap oleh tubuh melalui laluan pemberian (oral, penyedutan, topical). Didalam hati (liver) methanol akan dioksidakan menjadi formaldehid (formalin) dengan bantuan enzim alkohol dehydrogenase dan kemudian dimetabolisir lebih lanjut menjadi asam format oleh enzim formaldehid dehidrogenase        
  • · Asetilena , merupakan senyawa kimia tak jenuh yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.        
  • · Amonia , boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu.        
  • · Formaldehid , cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.        
  • · Hidrogen sianida , racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai zat pembuat plastik dan racun perosak.        
  • · Arsenik , bahan yang terdapat dalam racun tikus.        
  • · Karbon monoksida , bahan kimia beracun yang ditemui dalam asap buangan kereta.        






 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments

Post a Comment