PENGENALAN PPDA
Penyataan Dasar
Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru,
kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi
memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif
Dasar Dadah Negara. Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utama
iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan
sahsiah.
Visi
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015
Misi
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.
Matlamat
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”.
Fungsi
- Pendidikan Pencegahan Awalan
untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
- Pengurusan Program Intervensi
untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids. - Pengurusan Data, Penyelidikan,
Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
- Pengurusan Hubungan Luar
0 comments
Post a Comment